Monday, March 26, 2007

obesiti

OBESITI

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan.


Siapakah yang tergolong dalam obesiti
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal

  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badan sepatutnya

  • Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35


Obesiti di Malaysia

Kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.
Kegemukan di kalangan kaum
India sebanyak 25.6 peratus diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus.



Punca


Hampir sebahagian besar masalah obesiti ini berpunca daripada faktor luaran seperti:
  • Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.
  • Kurang melakukan senaman.
  • Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.
  • Penyakit-penyakit metabolisme endokrin seperti kekurangan atau terlebih hormon pertumbuhan kortisol. Sekiranya kekurangan hormon thyroxsin atau kekurangan hormon lelaki (testosteron) seseorang boleh mengalami masalah berat badan berlebihan. Ada kalanya ketumbuhan pada hipotalamus boleh menyebabkan individu mempunyai berat badan berlebihan kerana selera makan yang tinggi.
  • Ubat-ubatan. Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.
  • Masalah genetik. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti.
  • Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya.






















2 comments:

try to learn said...

good. mybe berguna utk saya

onah said...

tahniah..minta dijauhkan dari saya