Implikasi Obesiti
Risiko Menghidap Pelbagai Penyakit Seperti:
Risiko Menghidap Pelbagai Penyakit Seperti:
- Penyakit hipertensi
- Penyakit jantung koronari
- Diabetes Mellitus
- Kanser terutamanya kanser buah dada, usus dan lain-lain
- Gout dan sakit sendi (osteoartritis)
- Masalah pernafasan - sleep apnea syndrome
- Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)
- Bagi wanita mereka biasanya menghadapi masalah sakit puan seperti kitaran haid yang tidak menentu, ketidak- suburan dan sebagainya.
- Risiko psikososial:
Individu yang terlalu gemuk akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri kerana mereka menjadi bahan bualan. Dari aspek sosial, masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan tidak ramai yang ingin bergaul dengan mereka. Kajian menunjukkan individu yang mengalami obesiti kurang mendapat peluang kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat malas.
Kaedah Merawat
Terdapat beberapa kaedah yang perlu dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah obesiti. Antara yang berkesan ialah diet dan senaman.
- Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula.
- Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Kurangkan menggoreng makanan.
- Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
- Elakkan menggunakan susu pekat manis.
- Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
- Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
- Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.
- Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
- Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.
- Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
- Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.
- Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.

33 comments:
wooooow....badan idaman kalbu ku. Hehehehe
Tahniah. Informasi yang berguna
biar besar badan jangan besar kepala
siapa makan cili dia terasa pedas.... satu maklumat yang menarik.
blog ok, ringkas dan padat.
teruskan buat blog
blog ok. tp,tulisan dengan background macam sama jer.....
good infomation! :)
informasi yg berguna
maklumat yang berguna..
Comelnye...
tahniah, anda berjaya
fuyoo.........you obes tak?
biar badan besar tapi kena jaga kesihatan ye!
Obesiti... bukan Boyot... Apapun tahniah... dan bagus sumber informasi yang baik
gambar dan template cantik cuma warna font perenggan atas perlu warna lebih gelap.
blog yang baik,teruskan usaha
jagalah badan dan pemakanan saja
coming soon aku camni gak...
Persembahan yang ringkas tetapi berkesan.
Font boleh dibesarkan agar memudahkan pembacaan.
Pautan boleh ditambahkan kepada yang berkaitan dengan isu obesiti.
Syabas!
Menarik......
ok good blog yg terbabit sila beri perhatian .
kerja o.k.
Informasi berguna
Topik sensasi! Mengetawakan semua.
idea baik
dah pukul 10 setengah dah ooii
baik dan teruskan usaha anda
tahniah....comelnya gambar blogger
Informasi yang berguna. Hati-hati bagi 'computer addicted' person.
Tahniah !
Atas nasihat dan tip kesihatan yang berguna.
setuju...jaga makanan dan bersenam...itulah petua nak kurus...he..he..he...
Eloklah tu...bersenamlah.Tk.
Post a Comment